21. NUR AINA FARAHIN BINTI ANUAR (IIN170019)
- Unit Media
- May 23, 2018
- 2 min read

FASA PERANCANGAN (SEBELUM)
Sebelum program jalinan masyarakat ini dilaksanakan, saya telah ditugaskan untuk berkhidmat sebagai ajk biro makanan. Dalam biro ini, terdapat ketua dan timbalan biro serta tiga orang ahli jawatankuasa. Sepanjang fasa ini, kami telah membuat perancangan awal terhadap jenis menu makanan yang akan dihidangkan sewaktu program itu dijalankan nanti. Kami merancangnya dengan penuh teliti agar mengikut bajet yang telah diperuntukkan. Semua jenis menu makanan yang kami rancang adalah mengikut persetujuan rakan-rakan yang lain. Jenis menu makanan yang kami rancang adalah bersesuaian mengikut waktu sarapan, makan tengahari,minum petang, makan malam dan minum malam. Antara menu makanan yang kami sediakan ialah nasi beserta ayam masak merah, bihun goreng dan sebagainya. Selain itu, timbalan serta seorang ahli jawatankuasa iaitu saya sendiri telah mewakilkan diri untuk membeli barangan keperluan memasak di NSK. Sebelum proses membeli barang ini, kami telah menyenaraikan barang keperluan yang perlu dibeli menurut bajet yang telah ditetapkan. Sepanjang proses membeli barang ini, kami belajar mengenai erti kesabaran kerana bukan mudah sebenarnya untuk mencari barangan keperluan memasak pada masa yang begitu singkat. Hal demikian kerana ia memerlukan penelitian semasa membeli barang agar tidak tersalah beli dan melebihi bajet yang sepatutnya.
FASA SEMASA
Semasa program ini dijalankan, sebagai ahli jawatankuasa biro makanan, sudah menjadi tanggungjawab saya dan rakan biro makanan yang lain untuk menyediakan makanan dan minuman terhadap fasilitator serta anak-anak yatim itu. Hal ini telah membuatkan kami harus sentiasa ada di dapur untuk menyediakan semua ini. Banyak yang dapat saya pelajari sepanjang menjadi ahli jawatankuasa biro makanan ini antaranya saya dapat melakukan kerja-kerja membancuh air, membuat roti, memotong bahan masakan, peka dengan penghantaran makanan yang ditempah dan sebagainya. Namun begitu, saya dan rakan biro makanan yang lain berasa kecewa kerana ada berlaku sedikit kesalahfahaman mengenai proses tempahan makanan. Tetapi alhamdulillah kami dapat menangani masalah tersebut dengan baik. Hal tersebut telah mengajar kami agar lebih teliti untuk melakukan tempahan makanan selepas ini.
FASA SELEPAS
Selepas program ini dilaksanakan, saya berasa amat puas hati kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa biro makanan dengan baik. Sebelum kami semua pulang, saya dan rakan biro makanan yang lain mengemas dapur sehingga bersih dan memberikan bahan masakan berlebihan kepada pihak rumah anak yatim itu. Dalam kegembiraan sepanjang menjadi ahli jawatnkuasa makanan, saya turut berasa sedih kerana tidak dapat meluangkan masa yang begitu banyak dengan anak-anak yatim tersebut memandangkan saya dan rakan biro makanan yang lain banyak menghabiskan masa di dapur untuk proses penyediaan makanan. Program ini telah mengajar saya agar bersikap lebih matang, bertanggungjawab serta komited terhadap tugasan yang diamanahkan. Melalui program jalinan masyarakat ini, saya berharap saya akan turut serta lagi program sebegini pada masa yang akan dating kerana program sebegini sangat seronok dan memberi kesedaran kepada kami semua supaya dapat berkhidmat dengan masyarakat di luar sana dengan hati yang ikhlas.
Comments