top of page

19. MUHAMMAD FAKHRUL AIMAN BIN HASAN (IIO170012)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 23, 2018
  • 2 min read

Fasa Perancangan.

Mesyuarat kali pertama diadakan dengan melantik beberapa orang yang layak untuk menjadi Majlis Tertinggi melalui undian semua pelajar. Kami juga untuk membicangkan sedikit sebanyak tentang perancangan program. Kemudian, setiap pelajar diagihkan kepada beberapa biro seperti Biro Protokol, Biro Tajaan, Biro Pengangkutan, Biro Makanan, Biro Multimedia, Biro Kebajikan dan Biro Tugas-tugas Khas bagi memastikan gerak kerja program berjalan dengan lancar dan teratur mengikut skop kerja yang diberikan. Kesemua biro menjalankan tugas masing-masing mengikut skop kerja yang telah ditetapkan oleh pihak MT. Kami juga telah melakukan beberapa perancangan untuk mendapatkan dana bagi projek ini bagi menampung kos perbelanjaan program. Semua biro turut membantu biro dana dan tajaan untuk mencari dana bagi keperluan program tanpa mengira skop kerja masing-masing. Perancangan aktiviti yang terpaksa diubah di saat-saat akhir juga dapat diselesaikan dengan jayanya melalui bantuan kesemua ahli jawatankuasa yang banyak memberi pendapat yang cukup bernas dalam memastikan program ini dapat dijalankan dengan lancar. Segala perancangan yang disusun telah membantu kami untuk melakukan persediaan sebelum bermulanya program ini.


Fasa Semasa.

Semasa hari program, pergerakan para fasilitator sangat memberansangkan kerana menepati masa yang telah ditetapkan dan ini menyebabkan kami tiba awal di tempat program lebih awal daripada perancangan. Perkara ini menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang yang bakal bergelar guru. Seterusnya, aktiviti yang dijalankan juga sangat memberi manfaat kepada para pelajar di pusat jagaan tersebut kerana mereka dapat mempelajari perkara baru melalui aktiviti-aktiviti tersebut seperti aktiviti ‘let’s face it’ yang melatih pelajar untuk bercakap di hadapan orang ramai. Hal ini dapat mengurangkan perasaan malu dan gemuruh dalam diri mereka apabila berhadapan dengan orang ramai kelak di samping membentuk keyakinan dalam diri mereka. Bagi slot kerohanian pula, semua pihak memberi komitmen masing-masing dengan menunjukkan disiplin yang baik dalam menepati masa. Ini menyebabkan program dapat berjalan dengan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan walaupun terdapat sedikit kekurangan dalam aktiviti qiamullail kerana pergerakan pelajar yang agak lambat dan tidak ramai yang hadir pada ketika itu. Namun demikian, semua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya melalui penglibatan semua pihak.


Fasa Selepas.

Banyak perkara yang dapat dipelajari melalui program ini. Sebagai seorang yang bakal bergelar guru, saya dapat mempelajari bahawa pentingnya seorang guru untuk memahami karenah dan kehendak pelajar bagi memastikan setiap ilmu yang disampaikan dapat difahami oleh mereka. Melalui penglibatan dalam program ini, kami dapat menambahkan pengalaman yang sangat berharga walaupun program ini hanya diadakan selama dua hari sahaja. Kami juga dapat memberi semangat kepada pelajar-pelajar agar sentiasa berusaha dalam mencapai apa jua yang mereka impikan dalam kehidupan kerana kemiskinan ataupun kesusahan hidup tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk mencapai kejayaan. Pada masa akan datang, saya akan menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini sekiranya ada kerana banyak kebaikan dan faedah yang saya peroleh darinya. Program jalinan masyarakat ini juga dapat membina keyakinan dalam diri saya untuk belajar bersungguh-sungguh demi mendidik anak bangsa di masa hadapan.


Comments


bottom of page