top of page

17. RUSYDIATUZZAWANI BINTI ESMAIL (IIO170031)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 23, 2018
  • 2 min read

Fasa Perancangan.

  1. Pelantikan Majlis Tertinggi dan ahli jawatankuasa bagi setiap biro di samping membincangkan tempat dan tarikh yang sesuai bagi program ini.

  2. Beberapa biro yang dibentuk memberi kerjasama yang cukup baik dalam melaksanakan skop tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak MT.

  3. Semua pelajar bantu-membantu antara satu sama lain walaupun tidak mengikut biro masing-masing.

  4. Para pelajar bersungguh-sungguh mempelajari dan mempraktikkan modul yang disediakan dan tidak mengambil mudah walaupun program tersebut tidak mempunyai bilangan pelajar yang mencukupi.

  5. Terdapat banyak masalah yang berlaku pada saat akhir, namun dapat diselesaikan dengan jayanya melalui kerjasama semua pelajar.


Fasa Semasa.

  1. Pada awalnya, para pelajar masih belum memberikan sambutan yang menggalakkan untuk program ini kerana mereka masih tidak membiasakan diri dengan para fasilitator.

  2. Setelah beberapa aktiviti berjalan, pelajar mula menunjukkan minat dan memeriahkan lagi program ini dengan menunjukkan komitmen kepada para fasilitator yang mengendalikan aktiviti.

  3. Para pelajar dan fasilitator mampu berkomunikasi dengan baik dan para pelajar mendengar setiap arahan yang diberikan dengan baik yang melancarkan lagi perjalanan program.

  4. Perkara yang menarik perhatian saya adalah apabila pelajar semakin bersemangat untuk melakukan aktiviti bersama para fasilitator kerana mereka sudah mula menyesuaikan diri masing-masing.

  5. Disiplin pelajar juga terjaga dalam semua aktiviti lebih-lebih lagi aktiviti sukaneka yang dilaksanakan di padang. Ketika aktiviti berlangsung, suasana berada dalam keadaan terkawal dan terdapat beberapa orang fasilitator yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan pelajar.


Fasa Selepas.

  1. Selepas program dijalankan, saya sedar bahawa tugas seorang guru itu tidak mudah seperti yang dikatakan oleh orang lain kerana guru perlu memahami tindak-tanduk pelajar bagi memastikan mereka dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh seorang guru.

  2. Program ini juga banyak memberi manfaat bukan sahaja kepada para pelajar bahkan juga fasilitator yang bakal bergelar guru.

  3. Saya berpendapat bahawa matlamat program ini sedikit sebanyak telah tercapai meskipun terdapat sedikit kekurangan kerana terdapat beberapa fasilitator yang kurang berinteraksi dengan para pelajar.

  4. Secara amnya, matlamat utama untuk menyatukan mahasiswa mahasiswi universiti dengan masyarakat luar sudah pun tercapai melalui penglibatan program sedemikian.

  5. Saya akan menyertai lagi program jalinan masyarakat pada masa akan datang sekiranya dibuka peluang untuk saya menyertainya kerana ianya memberi impak dan input yang banya kepada diri saya sebagai seorang mahasiswi yang akan menjadi seorang guru kelak.

Comments


bottom of page