top of page

15. NAFIAH BINTI TAJUDIN (IIO170018)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 23, 2018
  • 4 min read

FASA PERANCANGAN :

Assalammualaikum , pada fasa permulaan saya tidak tahu bahawa sarjana muda pendidikan islam ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan . Selepas diberitahu maka saya memahai bagaimana procedurnya . Nama saya ditempatkan di Jalinan masyarakat kumpulan dua . Alhamdulillah semua ahli dalam kumpulan dua ini hamper kesemuanya saya rapat . Baik bercerita tentang bagaimana kami memulakan rancangan untuk menjalankan jalinan masyarakat ini sangatlah panjang ceritanya . Saya akan cuba ringkaskan . Kami bermula dengan pembahagian unit-unit dan jawatan bagi kesemua ahli . Disebabkan sejak dari dahulu lagi , saya selalu menguruskan pengangkutan , saya dimaukkan didalam unit pengangkutan bersama fikrul hafiz dan rakan-rakan lain dibawah payungan majlis tertinggi iaitu shahrul irfan .


Sebelum melakukan apa-apa aktiviti apa yang paling penting adalah kewangan . Kumpulan kami telah membuat pelbagai jualan dan aktiviti untuk mendapatkan dana bagi menjalankan tugasan ini . Jualan kami ini diketuai oleh unit dana yang diketuai oleh ikhmal hafiz . Antara jualan yang kami jual ialah , Roti sosej , roti sardin , kerabu maggi dan makanan ringan seperti keropok dan sebagainya . Memang tidak dinafikan setiap perkara yang kita lakukan akan ada sedikit masalah yang kita harus tempuhi . Semasa melakukan jualan kami juga menempuhi sedikit permasalahan . antaranya tidak mencukupi tenaga kerja . Tetapi setiap permasalahan itu sudah semestinya ada jalan penyelesaiannya bukan ? . Alhamdulillah kami dapat atasinya secara perlahan-lahan . Kami bersama-sama membuat kerabu maggi, buat roti , dan hantar ke tempat orang yang menempah .Ada disediakan jadual bagi sesiapa yang bertugas , tetapi jika sesiapa ada masa lapang , boleh turun tolong sekali .


Selain itu ,kami juga dibahagikan kumpulan untuk meminta sumbangan di beberapa tempat. Antaranya ialah di perumahan berdekatan dengan gerai roti canai pa kali . Alhamdulillah kami menerima banyak sumbangan ikhlas daripada orang yang tinggal di tempat itu .


Seterusnya , proses pencarian tempat untuk mengadakan jalinan masyarakat . Banyak tempat yang kami telah cuba hubungi dan pergi . ada tempat yang dapat menerima kami tapi tarikh tidak mengizinkan , ada tempat yang sudahpun menerima kami , dan kami pun telah melawat tempat itu tetapi tiba-tiba tidak jadi . tetapi pada akhirnya kami menjumpai sebuah tempat iaitu rumah anak yatim ruqayyah . Alhamdulillah mereka menerima kami dengan hati yang terbuka .


Bagi pengangkutan pula Alhamdulillah saya telah menemui sebuah syarikat bas yang murah dan berpatutan . Dana yang kami keluarkan untuk pengangkutan pergi dan balik hanyalah Rm600 .Walaupun disebabkan tempat kami pada awalnya tidak menentu dan selalu bertukar lokasi , tetapi alhamdulillah kami dapat berbincang dengan pemandu bas itu dengan baik dan semuanya berjalan sangat sempurna .


FASA SEMASA :

Pada hari kejadian,saya mengururuskan bas , Alhamdulillah semua ahli jalinan masyarakat smpi ini datang dan bersedia tepat pada masanya . Pemandu bas tidak perlu menunggu lama , masa dapat dijimatkan dan kami sampai ke destinasi lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Saya rasa sangat berbangga dengan ahli kumpulan saya kerana sangat menghargai masa .


Sesampainya disana saya berasa sangat gembira kerana adik-adik ruqayyah menjemput kami di luar dengan muka yang sangat gembira. Kami semua terus berjumpa dengan adik-adik disana dan beramah-mesra dengan mereka semua . Pada permulaannya saya fikir mereka anak-anak yang tidak cepat rapat dengan orang yang baru kenal , tapi sangkaan saya meleset. Mereka semua sangatlah ramah dan riang .

Kami menjalankan semua aktiviti yang kami rancangkan dengan baik sekali . Semua ahli sangat memberikan kerjasama dalam melakukan semua apa yang kami rancangkan . semuanya sangat memberikan komitmen yang sangat baik .


FASA SELEPAS :

Selepas semuanya berjalan lancar , terdapat banyak pengajaran dan pengalaman yang saya dan kawan-kawan pelajari . Antaranya ialah kami dapat mempelajari cara-cara membuat program sendiri , terutamanya program untuk khidmat kepada masyarakat .kami telah pelajari bagaimna payahnya suatu proses pelaksanaan itu perlu dijalankan untuk melakukan sesebuah program . Dalam pada masa yang sama kami semua dapat mengenal dengan lebih dekat lagi antara kami semua ,kerana secara jujurnya walaupun kami berada di satu jabatan yang sama , bukan semua mereka saya kenali . Tetapi Alhamdulillah selepas program ini , saya kenal kesemuanya dan menjadi lebih rapat dengan mereka semua . Saat yang sangat bahagia ialah apabila kita membuat satu aktiviti itu dan tiba-tiba ada masalah, kami semua bersama-sama saling tolong menolong menyelesaikannya . semuanya mengambil berat antara satu dengan yang lain .


Ketika di sana apa yang saya belajar daripada anak-anak ruqayyah ialah sikap sabar dan tabah dalam menghadapi segalanya . Mereka ada yang tidak mempunyai ibu dan bapa tetapi masih lagi mampu tersenyum meneruskan kehidupan Walaupun mereka masih kecil , ketabahan mereka tidak dapat dikira , amatlah tinggi . Apa yang dapat saya lihat daripada mereka semua ialah sifat berdikari yang sangat tinggi . dahulu kita ketika masih berumur 6, 7 tahun segala kelengkapan , makan pakai kita ibu bapa kita yang sediakan . Tetapi mereka? Walaupun baru berumur 6 tahun mereka melakukan kesemuanya sendiri . saya sangat tabik kepada mereka semua . Itulah kesedaran yang dapat saya ambil , walapupun kita diuji dengan ujian , kita kena berusala mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah . itulah antara pengajaran yang saya dapat .


Selain itu dalam berorganisasi kita mestilah ada sifat saling tolong-menolong antara satu dengan yang lain .seperti ketika kami membuat program itu ,jika kami semua tidak tolong menolong antara satu sama yang lain, sudah tentu program yang kami jalankan itu tidak berjaya .


Kemudian , kita mestilah mengurus sesuatu itu dengan teliti agar apa yang kita harapkan dapat tercapai dengan jayanya .


Kesedaran yang paling penting yang dapat saya perolehi ialah , dalam kita hidup harmoni , dalam kita hidup gembira , masih ada golongan yang sangat-sangat memerlukan bantuan , masih ada golongan yang hidup dalam keadaan kurang menyenangkan dengan begitu banyak kekurangan . Oleh itu kita mestilah sentiasa bersyukur atas apa yang telah kita perolehi dalam pada masa yang sama , kita sebagai insan yang boleh dikatakan bertuah , seharusnya selalu melakukan aktiviti khidmat masayarakat seperti ini untuk membantu menggembirakan mereka .


Bagi penglibatan masa hadapan pula , saya harap sangat kami dapat melakukan aktiviti seperti ini lagi , kerana melalui aktiviti khidmat masyarakat seperti ini kami perlolehi banyak pengetahuan dan pengalaman yang sudah tentu tidak akan kami dapat ditempat lain .

Comments


bottom of page