14. MUAZ FARIS BIN SAADAN (IIO170011)
- Unit Media
- May 23, 2018
- 2 min read

Jalinan Masyarakat yang kami telah jalankan ini sememangnya memberikan banyak pengalaman yang manis mahupun yang pahit kepada saya. Banyak juga pengajaran yang saya dapati dan perolehi setelah mengadakan program seperti ini. Saya pasti rakan-rakan saya yang lain juga dapat mengambil pengajaran daripada program yang dijalankan bersama-sama anak yatim dan miskin di Rumah Anak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Bangi ini.
Sewaktu fasa perancangan, saya dapat mempelajari erti syukur dan beruntung kerana dapat mengenali rakan-rakan jabatan yang sentiasa memberikan bantuan dalam apa jua cara terutama dalam usaha kami mengumpul dana. Selain itu, dapat menambahkan keberanian dan keyakinan diri apabila melihat para peserta yang tidak jemu ingin menjadi wakil apabila diminta oleh pihak fasilitator. Saya juga berasa sangat gembira dan terharu kerana ada di antara peserta yang tidak mahu pulang ke asrama setelah kem ini berakhir kerana mereka menginginkan kem ini terus dijalankan dan meminta pihak kami untuk mengadakannya sekali lagi.
Sewaktu fasa semasa, saya dapat melihat secara terperinci dari pelbagai aspek tentang kerjasama antara ahli jabatan. Secara keseluruhannya, saya dapat menimba ilmu dan nendapat tunjuk ajar yang berguna daripada rakan-rakan lain. Keyakinan dalam diri saya juga dapat dipupuk dan sifat kasih sayang dalam diri juga dapat disemai. Selain itu, hubungan antara ahli jabatan dan juga masyarakat seperti pelajar sekolah dan guru-guru di sana dapat dieratkan. Saya amat bersyukur dan gembira serta terharu dengan sambutan yang diberikan dan komitmen yang diberi oleh setiap pihak.
Pada fasa selepas pula, saya amat rindukan Rumah Anak Yatim Rukaiyah; suasana, keadaan dan sambutannya. Saya amat berharap agar para peserta khususnya, mendapat objektif yang kami telah cuba sampaikan sepanjang program dua hari dan satu malam itu. Saya juga berharap program ini akan memberi impak yang baik kepada seluruh ahli jabatan serta pelajar yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Sesungguhnya memanglah susah untuk saya move on daripada terus mengenangkan kembali pengalaman berharga yang diperoleh di Rumah Anak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Bangi ini. Saya juga amat yakin bahawa rakan-rakan saya juga mempunyai perasaan yang sama seperti saya.
Akhir sekali, saya berharap agar seluruh pihak sama ada pelajar di sana, rakan-rakan dan pensyarah berpuas hati dengan kerja kami dan memberi keptusan yang baik iaitu memperolehi A+ dalam subjek ini. Saya berharap program seperti ini dapat dirancang dan dilakukan sekali lagi di masa akan datang.
Comments