top of page

13. Muhammad Ikhmal Hafiz bin Mohamad (IIN170008)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 23, 2018
  • 4 min read

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin-Nya dapat kami jalankan program Jalinan Masyarakat Sarjana Muda Pendidikan Islam bagi Sesi 2017/2018 dengan lancar.Program Jalinan Masyarakat merupakan matapelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar Universiti Malaya, program ini bertujuan untuk melatih dan mendidik siswa dan siswa Universiti Malaya untuk berkhidmat kepada masyarakat. Pada tarikh 14-15 April 2018 ,kami daripada Kumpulan Jalinan Masyarakat 2 Sarjana Muda Pendidikan Islam telah mengadakan program jalinan masyarakat bertempat di teratak Anak Yatim dan Miskin Rukaiyyah,Sungai Merab Luar,Selangor.Pelbagai manfaat dan dapatan yang diperoleh oleh saya sepanjang program dijalankan.


Setibanya kami disana , kami telah mengadakan sesi “Ice Breaking” iaitu membahagikan pelajar seramai 25 kepada beberapa kumpulan kecil.Semasa sesi ini diadakan saya dapat mempelajari cara-cara mengawal peserta agar aktivit yang dijalankan berjalan dengan lancar.Semasa aktiviti ini diadakan saya dapat memberi kerjasama kepada rakan kumpulan saya untuk memastikan para peserta berada di dalam kumpulan yang ditetapkan.Disamping itu, kami dapat mengawal aktiviti yang dijalankan mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh unit Protokol dan Pengisian di dalam tentatif program.


Slot seterusnya adalah latihan dalam kumpulan (LDK ) yang pertama bertemakan “ Ke mana hala tuju kita”.Ketikan slot yang dikelolakan oleh saudara ikhsan berlansung saya bertanggungjawab menjaga para peserta agar dapat memberi tumpuan terhadap slot tersebut.Saya juga menerangkan setiap arahan yang diberi kepada pelajar ketika slot berlangsung,ini bagi memastikan setiap arahan yang diberi diterima dengan baik dan jelas oleh para peserta.


Seterusnya program Jalinan Masyarakat diteruskan pada waktu petang bersama alumni Sarjana Muda Pendidikan Islam.Slot ini amat bermakna bagi saya kerana saya dapat melihat pelbagai teknik ,pendekatan dan kaedah yang digunakan oleh alumni tersebut bagi menarik perhatian dan tumpuan para peserta.Saya membantu alumni tersebut dalam memastikan para peserta memberi tumpuan terhadap slot tersebut.Saya juga turut membantu alumni tersebut mendemonstrasi aktiviti yang beliau hendak jalankan.Alumni tersebut membicarakan mengenai perihal akhlak dan peribadi yang perlu ada pada seorang muslim,saya turut mendengar dan bermuhasabah diri ketika slot dijalankan.Slot berakhir pada pukul 4.30 P.M. tepat mengikut tentatif yang ditetapkan.Para peserta terus ke surau untuk menunaikan solat fardhu asar.

Selepas menunaikan solat fardhu asar , para peserta diberi sedikit makanan ringan seterusnya menyiapkan diri bagi menyertai aktiviti riadhah. “Mumia Land” dan “Play Straw” merupakan permainan yang dijalankan.Para peserta dibekalkan oleh tisu dan mereka diminta untuk membalut salah seorang ahli kumpulan mereka menggunakan tisu tersebut.Saya turut membantu para peserta dalam aktiviti ini dengan memberi cadangan serta pertolongan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi kepada mereka.Saya juga memantau aktiviti yang dijalankan oleh para peserta bagi memastikan aktiviti tersebut berjalan dengan selamat dan lancar.Para peserta tidak mengalami sebarang kecedaraan sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Seterusnya kami menunaikan kewajipan solat maghrib dan membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Saudara Fikrul Hafiz.Kemudian program diteruskan lagi dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Saudara Zulakmal yang bertajuk “Kepentingan Membaca Al-Quran”,saya membantu saudara zulakmal menyediakan peralatan yang hendak digunakan ketika slot tersebut.Saya juga memantau keadaan peseta bagi memastikan mereka tidak tidur ketika slot dijalankan.Selesai sesi tazkirah ,program diteruskan lagi dengan slot ucapan oleh para peserta sambal didengari oleh peserta yang lain.Melalui slot yang dijalankan ini, saya dapat membantu para peserta yang ditugaskan memberi ucapan dengan begitu baik.Saya juga menyimpulkan bahawa tugas seorang guru amat penting bagi menarik pelajar terhadap pelajaran.

Slot diteruskan lagi dengan aktiviti memperkenalkan diri oleh setiap fasilitator kepada para peserta.Para fasilitator dapat memberikan kerjasama dengan begitu baik sekali ,sekaligus melancarkan lagi perjalanan slot ini.Saya dapat belajar untuk berkomunikasi bersama para peserta dan berinteraksi bersama meraka.Ini amat penting bagi saya kerana terdapat peserta yang mengantuk dan tidak fokus terhadap sesi taaruf yang dijalankan.Saya menyoal dan membuat sedikit teka-teki kepada para peserta untuk menambah minat mereka terhadap slot yang dijalankan.


Hari kedua program dimulai dengan aktiviti Qiamullail,pada pendapat saya aktiviti seperti ini amat memerlukan kerjasama diantara fasilitator bagi memastikan para peserta bersedia untuk mengadakan qiamullail.Masalah yang dihadapi oleh saya dan fasilitator yang lain adalah untuk membangunkan para peserta daripada tidur.Proses ini mengambil masa begitu lama sehingga masa yang ditetapkan dalam tentatif program sedikit berubah .Namun Alhamdulillah,program yang direncakan berjaya dilaksanakan.Seterusnya para peserta menunaikan solat subuh secara Jemaah yang diimamkan oleh saudara Muazzam.Selesai mengadakan solat subuh para fasilitator dan peserta membaca Al-Mathurat yang juga merupakan rutin harian anak-anak di rumah tersebut.Selesai bacaan Al-Mathurat para peserta diberi sarapan pagi yang disediakan oleh unit makanan, selepas itu para peserta dikumpulkan dan dibahagikan kepada kumpulan lelaki dan perempuan.Kumpulan lelaki akan diminta untuk melaungkan azan dan kumpulan perempuan pula diberi pengisian berkaitan dengan pengurusan diri.Selesai sesi pengurusan diri dan azan,program diteruskan lagi dengan slot Sharing Moment,para fasilitator telah diberi tanggungjawab untuk berkongsi sedikit pengalaman serta motivasi kepada adik rumah rukaiyyah.Slot ini juga mempunyai kekuatannya yang tersendiri,di mana kita dapat mengawal anak-anak rukaiyyah untuk duduk bersama berkongsi pengalaman serta para fasilitator juga dapat memilih muqarrar (tajuk) yang bersesuaian untuk dikongsi kepada adik-adik rukaiyyah.


Program ini berakhir dengan sesi Penutup yang dihadiri oleh Pengerusi Pusat Jagaan Kanak-Kanak dan Miskin Rukaiyyah yang dikenali sebagai ‘ibu” di kalangan kanak-kanak rukaiyyah ini. Pengarah program saudara Muhammad Ikhsan Syah memberi sedikit cenderamata kenang-kenangan kepadapengerusi rumah tersebut.Para peserta juga turut diberikan hadiah bagi setiap permainan yang dijalankan.Akhir Kalam,saya berharap para peserta dapat mengambil manfaat daripada program yang dijalankan,begitu juga harapan tersebut turut ditujukan kepada ahli kumpulan Jalinan Masyarakat 2 Sarjana Muda Pendidikan Islam.Harapan pada diri, saya berharap agar segala pengalaman yang dikutip ketika program ini dapat saya aplikasikan kelak di alam pekerjaan.

Comments


bottom of page