top of page

12. Dayangku Nurul Husna binti Awg Suhaimi (IIO170002)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 23, 2018
  • 2 min read

1. Fasa Perancangan

Pada 14-15 Mac 2018 kami telah mengadakan Program Jalinan Masyarakat di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim/Miskin Rukaiyah, Kajang, Selangor. Sebelum menjalani program tersebut kami telah mengadakan beberapa kali mesyuarat untuk merangka aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa program tersebut supaya berjalan dengan lancar.


Kami telah dibahagikan kepada beberapa biro antaranya Biro Pengangkutan, Biro Tugas-tugas Khas, Biro Aktiviti, Biro Multimedia dan sebagainya. Saya berada di dalam Biro Multimedia bersama dengan Nur Husnina binti Khairul Hisham sebagai ketua dan Puteri Madeeha Syarmilla binti Sufian dan dipantau oleh Muhd Muazzam Mifzal bin Najarudin.


Sebelum program, Biro Multimedia telah diberi tugasan untuk membuat nametag, banner, mereka bentuk baju untuk batch Sarjana Muda Pendidikan Islam sesi 2017/2018, membuat blog, Facebook dan Instagram untuk jalinan masyarakat dan photoshoot semua pelajar SMPI 2017/2018. Kami telah bergabung dengan Biro Multimedia kumpulan satu untuk bekerjasama dalam mengawal media sosial yang ada.


Di samping itu, kami telah membahagikan tugasan antara kami. Ayu Amieerah daripada kumpulan satu membuat nametag AJK, Muazzam mereka banner dan sebagainya. Untuk baju batch kami telah dapat membelinya dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM28 setiap sorang.


Sebelum program berlangsung, kami telah bergiat aktif membantu ajk dana & tajaan untuk menyebarkan jualan-jualan yang ada untuk mengumpul dana program ini ke group whatsapp yang ada dan upload ke dalam media sosial.


2. Fasa Semasa

Setibanya di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim/Miskin Rukaiyah, Kajang, Selangor, kami telah disambut oleh adik-adik yang ada kat situ dan penjaga mereka. Selepas itu, kami mengadakan sesi suai kenal dan ice breaking. Pada mulanya, ada segelintir daripada mereka macam ambil endah tak endah ketika sesi suai kenal dan ice breaking. Tetapi selepas beberapa aktiviti mereka boleh bergaul dengan mesra kepada semua orang.


Setiap seorang fasi akan mengambil seorang adik angkat dan adik angkat saya ialah Natrah. Dia mempunyai seorang adik bernama Nadim. Dia telah dihantar ke sini oleh maknya. Dia mempunyai beberapa orang lagi adik yang tinggal bersama mak dan ayahnya. Mak dan ayahnya telah berpisah. Saya tidak bertanya lebih lanjut sebab takut mengganggu emosi dia.


Semasa sesi bersama alumni telah menyentuh tentang persahabatan. Ketika inilah ukhuwwah antara mereka dan fasi-fasi makin kuat. Ada beberapa peserta yang menangis. Tidak lupa juga kepada fasi-fasi.

Semasa hari kejadian, ahli multimedia bertanggungjawab untuk mengambil gambar dan video semasa program berlangsung. Hal ini kerana, kami akan memuat naik gambar-gambar tersebut ke semua media sosial jalinan masyarakat SMPI yang ada dan untuk dijadikan bukti bahawa program ini berlangsung. Kami juga akan meletakkan gambar-gambar tersebut ke dalam blog.


3. Fasa Selepas

Selepas program tersebut, saya dapat beberapa perkara iaitu kita fikir kita susah tetapi sebenarnya ada yang lebih susah daripada kita. Anak-anak di pusat jagaan tersebut dihantar disebabkan keluarga mereka tidak dapat menampung mereka. Kita hendaklah bersyukur bahawa kita mempunyai ahli keluarga yang penyayang dan masih mampu menjaga kita.


Selain itu, saya berasa sebak terhadap apa yang anak-anak di pusat jagaan tersebut lalui. Mereka dihantar ketika masih kecil lagi. Tidak berada di samping keluarga ketika mereka memerlukan.

留言


bottom of page