top of page

11. NOR HASIBAH KARIMAH BINTI ABDUL AZIZ (IIN170015)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 23, 2018
  • 2 min read

FASA PERANCANGAN / SEBELUM

Berdasarkan apa yang saya lalui dalam menjayakan program jalinan masyrakat ini ialah dari segi kesukaran dalam mencari tempat berprogram kerana banyak sekolah-sekolah yang kami cari membatalkan untuk berprogram dengan kami di saat-saat akhir. Saya pernah terfikir yang program ini akan bermasalah kerana organisasinya tidak teratur dan banyak ketidaksefahaman berlaku. Sebelum bermulanya program saya sebagai ahli divisi dana dan tajaan mengalami kesukaran dalam mencari dana kerana kelewatan mendapat kertas kerja dan ajk tidak memberi kerjasama hanya bergantung sepenuhnya kepada divisi dana semata-mata. Saya sebagai unit dana tidak mampu menguruskan dana sendirian. Saya mencari dana dalam masa sebulan sahaja dengan melakukan jualan , approach koop dan lain-lain. Ketika mesyuarat , ramai yang tidak menepati masa dan datang lewat dan tidak hadir. Walaupun banyak maslah yang berlaku saya dapat belajar agar bersabar dan belajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat ketika mencari dana.


FASA SEMASA

Pada permulaan hari kejadian, persepsi saya terhadap kanak-kanak di rumah anak yatim berbeza dari yang dijangkakan kerana perangai mereka yang kurang beri kerjasama. Saya juga bersangka mungkin aktiviti yang kami lakukan tidak menyeronokkan dan hambar dan sukar untuk kami merapatkan hubungan dengan mereka. Akan tetapi, makin lama makin seronok kerana mereka telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini dan hubungna kami juga semakin rapat sehingga mereka berani dan percaya untuk menceritakan masalah-maslah yang dihadapi oleh meraka. Mereka juga senang dengan layanan-layanan yang kami berikan dari segi makanan dan pengisian dan lain-lain. Perkara yang tidak boleh dilupakan dan boleh dijadikan memori adalah ketika kami menyambut hari ulang tahun beberapa orang anak yatim di sana dengan memberi kejutan kepada mereka dan terpancarlah kegembiraan mereka. Di akhir program,penjaga rumah anak yatim itu ada menceritakan tentang kisah-kisah hidupnya bagaimana dia boleh berada di sana untuk menjaga anak yatim tersebut. Daripada hidupnya yang lengkap sehinggalah menjadi sebatang kara dengan kehilangan anak-anaknya.


FASA SELEPAS

Selepas berakhirnya program tersebut, memori bersama anak-anak yatim masih tersemat dalam fikiran .surat-surat yang saya dapat dari anak-anak yatim di sana dibaca dan dijadikan memori. Bagi divisi dana ,saya dapati ada lebihan duit dan kami bersepakat untuk menderma segala duit yang kami perolehi hasil lebihan program jalinan masyarakat kepada rumah anak yatim tersebut kerana saya rasa duit itu tidak boleh diguna sewenang-wenagnya kerana ia dikumpul untuk masyarakat.

Comments


bottom of page