top of page

10. Mohd Fikrul Hafiz Bin Khairun Nizam (IIO170008)

  • Writer: Unit Media
    Unit Media
  • May 23, 2018
  • 2 min read

1. Fasa Perancangan

Semasa fasa perancangan program gerak kerja sedikit lambat kerana lewat mendpat makluman bahawa pelajar PI dan PQ digabungkan untuk membentuk 2 buah kumpulan yang baharu. Sealin itu gerak kerja agak lambat juga dari segi merancang program kerana pihak kami lambat mendapat keputusan dari pihak sekolah untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan program di sekolah tersebut. Namun perkara ini tidak berlarutan kerana kerjasama antara kami untuk merancang terlebih dahulu secara kasar perjalanan program sebelum mendapatkan kata putus dari pihak sekolah.


Setelah mendapat kebenaran dari pihak sekolah, terdapat situasi yang tidak dapat dielakkan selang beberapa minggu sebelum tarikh yang dipersetujui kami diberitahu pihak sekolah terpaksa membatalkan program kami kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan menyebabkan kami terpaksa menukar semula struktur program dan akhirnya kami mengambil kata putus untuk menjalankan projek Jalinan Masyarakat kami di Rumah Kebajikan Rukaiyah pada saat-saat akhir.

Di sini saya ingin berterima kasih kepada semua ahli kumpulan 2 kerana telah berkorban masa dan tenaga dalam proses persiapan untuk program ini sehingga bersengkang mata.


2. Fasa Semasa

Semasa hari kejadian, semua ahli kumpulan 2 yang bertindak sebagai fasilitator program memberikan kerjasama yang baik antara satu sama lain bagi memastikan program berjalan dengan lancer. Cuma terdapat sedikit kekurangan berlaku pada beberapa slot seperti lewat memulakan slot ataupun sedikit masalah-masalah teknikal. Masalah teknikal telah dapat di atasi dengang beberapa pelan sokongan yang telah disediakan. Sepanjang berada di rumah kebajikan tersebut saya berasa bersyukur kerana masih bersama dengan ibu dan bapa saya di rumah berbanding dengan segelintir adik-adik di rumah tersebut yang merupakan anak yatim.


3. Fasa Selepas

Semua ahli memeberikan kerjasama untuk datang ke perjumpaan “post mortem” bagi membincangkan serba sedikit mengenai kelebihan dan kekurang yang berlaku sepanjang berlansungnya program tersebut. Saya berharap agar kami diberikan peluang lagi untuk menganjurkan program sedemikian yang boleh mendedahkan para mahasiswa dengan realiti kehidupan di luar kampus sekaligus belajar bagaimana untuk menghadapinya.

Comments


bottom of page