PERASMIAN MAJLIS PENUTUP
- Unit Media
- May 18, 2018
- 1 min read
Tepat jam 3 petang,semua pelajar dan fasilitator berkumpul semula di bilik seminar surau untuk majlis penutup. Turut hadir bersama bagi perasmian majlis penutup ialah Dr. Mohamad Azrien dan juga PK HEM SAMTISH iaitu Puan Madihah Adnan. Majlis dimulakan dengan nasyid Asmaul Husna dan bacaan doa. Seterusnya, ucapan daripada Dr.Mohamad Azrien selaku penyelaras bagi program jalinan masyarakat serta ucapan dari PK HEM SAMTISH dan juga pengarah program ini iaitu Saudara Wan Hilmi. Majlis dirasmikan oleh Dr.Mohamad Azrien dan diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua kumpulan serta nyanyian lagu tema oleh semua pelajar dan fasilitator.
Comments